Kota Kelip-kelip Pementasan Sarat Emosi

Oleh: Noor Hafedah Jamiyil

Salah satu babak yang memperlihatkan kemampuan Mohd Naqiuddin menawan emosi penonton ialah ketika Apai menyingkap kenangan penghuni Rumah Seri Muda satu persatu. Dialog yang dilontarkan menusuk jiwa. Lontaran suara yang sayu dan memujuk begitu meruntun perasaan. Memek muka Apai dan rakan-rakannya juga sangat menjadi. Saat ini, air mata bergenang tanpa sedar.

Ketika Apai dan rakan-rakannya berbalah mengenai keinginan dan cita-cita mereka, intonasi dan memek muka semua pelakon juga sangat mengesankan. Penonton bagai ditarik-tarik untuk turut merasai ketegangan yang timbul. Ketegasan Apai dalam mempertahankan penghuni Rumah Seri Muda dan kedegilan Azam untuk membawa mereka ke alam realiti, benar-benar menjadi.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta September 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *