Laluan Pengalaman Penulis Editor

Oleh: MK Riza

Sepanjang bekerja di Arus Intelek Sdn Bhd dan Pearson Malaysia Sdn Bhd saya tetap gigih menghantar cerpen ke media massa. Maka, terbitlah cerpen-cerpen seperti “Aku dan April” (2003), “Terbang Bersama Burung” (Mingguan Malaysia, 2004), “Bulan Jatuh di Tigris dan Eupharates” (Berita Minggu, 2009), “Jihad Pak Awang Semutar Merah” (Berita Minggu, 2006), “Hantu Istana Kellie” (Mingguan Malaysia, 2011), dan “Masjid Tua Berwarna Hijau” (Mingguan Malaysia, 2012). Kepuasan apabila karya terbit di media terutama surat khabar perdana memang lain nikmatnya. Tambahan pula, sebelum itu banyak juga karya saya yang ditolak. Namun, saya berpegang kepada kata-kata, “tanpa usaha kita tak akan ke mana-mana”. Selain surat khabar, saya juga menghantar karya ke majalah terutama majalah Nur terbitan Kumpulan Karangkraf. Lahirlah cerpen-cerpen seperti “Pertelingkahan Jari-jari” (2004), “Menemui Calonnya” (2005) dan “Merdeka Cinta Kita” (2008).

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta September 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *