Hiba, Pilu dan Duka Lara Lumrah Kehidupan

Oleh: Nurhamizah Hashim

Karya sastera berbeza daripada karya yang lain kerana melalui karya sastera, unsur-unsur perasaan, emosi, harapan, angan-angan serta lambang tertentu dapat digambarkan. Hubungan sastera dengan dunia emosi manusia amat rapat. Misalnya unsur tragedi yang terdapat dalam karya sastera boleh memberikan pelbagai kesan emosi seperti boleh menginsafkan seseorang yang membaca karya tersebut. Oleh itu, kesusasteraan sering kali dikaitkan dengan penampilan perasaan yang diungkapkan melalui bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana perasaan yang terisi dalamnya mendatangkan pelbagai kesan emosi seperti duka, semangat, gembira, marah, dan sebagainya. Pengarang pula akan memancarkan cara yang kreatif untuk berkomunikasi dengan bahasa yang puitis. Pembaca yang menelaah karya itu pula akan segera memberikan respons terhadap sesuatu yang dipaparkan dan meninggalkan kesan dalam diri pembaca.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Oktober 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *