Patos dalam Novel Pindah

Oleh: Hu Ann Leh

Berdasarkan pemerhatian terhadap karya-karya Jong Chiang Lai, didapati bahawa penonjolan patis paling banyak dikesan pada watak Ungging dalam novel Pindah. Novel Pindah mengisahkan Kampung Tegelam dan kawasan sekitarnya yang terlibat dalam projek pembinaan empangan hidroelektrik. Akibatnya penduduk kampung terpaksa berpindah ke tempat lain dan dibayar pampasan oleh kerajaan. Namun begitu, watak Ungging yang menjadi watak utama dalam novel ialah satu-satunya penduduk yang tidak mahu berganjak dari kampung halamannya, Kampung Tegelam. Jiwanya telah bersebati dengan suasana kehidupan di kawasan pedalaman.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Oktober 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *