Warna Hidup dalam Naskhah Pelangi

Oleh: Hasni Jamali

Naskhah Pelangi menampilkan watak seorang gadis remaja yang tabah mengharungi cabaran kehidupan. Semangatnya sentiasa membara ketika mendepani rintangan yang mendatang. Nashrah, Umar, Lathif dan Umairah menjadi yatim piatu pada umur yang masih muda. Pemergian ibu bapa mereka dalam kemalangan jalan raya meninggalkan kesan mendalam buat Nashrah dan adik-adiknya. Nenek Embong hadir mengambil tugas sebagai penjaga. Namun, tidaklah sama kasih sayang seorang ayah dan ibu berbanding kasih nenek tua. Apatah lagi, Nenek Embong dengan kudrat tuanya terpaksa sedaya upaya melakukan pelbagai pekerjaan bagi memperoleh wang untuk menyara hidup mereka.

Tidak cukup dengan kemiskinan, dugaan lain menambah warna lara hidup Nasyrah. Hampir setiap hari, Umairah, si bongsu mencabar emosi si kakak dengan tindakan “pemberontakannya”. Di sekolah pula, gadis pintar ini ditusuk dengki dan fitnah. Ada sahaja suara yang mencemburui kejayaannya.

Sejauh manakah Nashrah mampu bertahan? Bagaimanakah Nashrah menghadapi situasi ini? Mampukah Nashrah menguak setiap permasalahan yang melanda demi melihat jalur pelangi?

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Oktober 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *