Catatan daripada Diari Sulit

Oleh: A. Muziru Idham

Tahun 2016. Kedua-dua buku persendirian saya itu dilancarkan serentak di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Legasi Oakheart menerbitkan Negeri Rausyanfikr, sebuah himpunan esei dan catatan pemikiran manakala Kata-Pilar Books (anak syarikat penerbitan GKLN) menerbitkan Kuleburkan Aksara Menjadi Semisal Cahaya, sebuah kumpulan puisi yang asalnya pernah ditolak oleh sebuah penerbitan gergasi. Kedua-dua buku ini sebenarnya merupakan himpunan tulisan kreatif dan bukan kreatif sejak awal kepengarangan saya. Malah, apabila saya meneliti kembali, ada antara tulisan ini yang saya sendiri tidak lagi bersetuju. Tetapi saya tetap membukukannya sebagai suatu dokumentasi tulisan awal saya agar pada suatu ketika, saya dapat memperbaiki diri berdasarkan perjalanan fasa-fasa kepengarangan saya.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Oktober 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *