Menjejak Denai Darah: Bab 5

Oleh: Nadiah Zaini

“Tuanku, haiwan apa pula yang sedang menyerang kita ini?” dalam ketakutan, inang juga memberanikan diri melihat raksasa itu.

Puteri Gunung Ledang tidak mempedulikan pertanyaan inang. Baginda cuba memikirkan cara untuk menentang raksasa itu. Raksasa itu terus mengganas dan mengejar mereka. Kelajuan qilin tidak dapat menandingi kepantasan raksasa itu. Apatah lagi raksasa tersebut memiliki lapan sesungut yang panjang lagi besar. Dengan sekali libasan, mana-mana armada pun mampu dibelah-belah.

“Inang, hulurkan pada beta keris Meraga Putih itu,” titah Puteri Gunung Ledang.

Perwara Dandan Setia dengan segera menghulurkan keris yang berada di dalam bungkusan persalinan yang dibawanya. Puteri Gunung Ledang menyambut keris itu lalu diacukan kepada raksasa tersebut. Baginda cuba mengancam raksasa itu dengan menghunus Meraga Putih. Namun, raksasa itu tidak berganjak walau sedikit pun.

“Tuanku! Waspada!”

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Oktober 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *