Konflik Perlu Diurus Sebaik-baiknya

Oleh: Khairul Anum Mohd. Ali

Kepelbagaian ragam manusia dalam sesebuah komuniti tentulah akan menimbulkan berbagai-bagai-bagai peristiwa dan konflik. Konflik ialah perselisihan atau pertentangan antara individu, idea, kepentingan, dan sebagainya. Konflik berlaku apabila sekumpulan individu mempunyai pandangan yang berbeza-beza antara satu sama lain berkenaan sesuatu perkara.

Kita sering membaca di dada-dada akhbar pelbagai konflik berlaku dalam negara dan juga luar negara. Yang mendukacitakan dan merunsingkan kita adalah kerana konflik ini membabitkan korban nyawa, maruah mahupun harta benda. Pergolakan dan penindasan etnik pernah  berlaku di Bosnia Herzegovina yang membabitkan antara Muslim Bosnia dengan puak Serbia hingga tercetusnya perang saudara, Perang Bosnia pada tahun 1992 hingga 1995. Di Myanmar pergolakan etnik antara Muslim dengan Buddha telah lama tercetus hingga kini tanpa menemui jalan penyelesaian. Beberapa insiden yang menyedihkan sering terjadi hingga telah meragut banyak nyawa yang tidak bersalah seperti tragedi pembunuhan beramai-ramai golongan Muslim Rohingya oleh pihak militer Burma pada tahun 2012.

Apabila diselidiki kronologi tragedi yang berlaku kebanyakannya berpunca daripada konflik yang tidak diuruskan atau dileraikan secara bijaksana. Ketika kita berdepan dengan konflik, kuasa yang kita miliki adalah untuk menawarkan alternatif jalan penyelesaian yang mungkin akan memuaskan hati pihak terbabit ataupun cukuplah sekadar mencetuskan inspirasi untuk menoktahkan pertelingkahan. Justeru, pengarang diberi kuasa sebagai “jaksa pendamai” untuk meleraikan segala sengketa melalui karya sastera. Demikian besar kuasa pena yang mampu mengubah dunia daripada hitam kepada putih.

Menyelesaikan konflik perlulah menggunakan pendekatan seperti memalu ular dalam benih, ular biar mati benih jangan rosak. Tuntasnya, menyelesaikan konflik memerlukan kemahiran dan berfikiran terbuka serta kreatif.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta November 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *