Arca Gading: Membentuk Peribadi dan Sahsiah Diri Remaja

Oleh: Mohamed Nazreen Shahul Hamid

Novel ini umumnya sarat dengan nilai yang mendidik sama ada melalui watak atau jalan cerita yang disampaikan. Pengarang amat menekankan soal kepentingan ilmu dalam kehidupan. Hal yang demikian ditunjukkan melalui watak Amrin dan rakan-rakan yang bercita-cita tinggi, rajin berusaha dan tidak leka dengan pelbagai bentuk hiburan. Amrin berazam untuk membuktikan bahawa masyarakat di pedalaman juga mampu belajar di institusi pengajian tinggi. Kejayaan Amrin melanjutkan pelajaran ke luar negara membuka mata serta minda masyarakat Kampung Indah tentang betapa pentingnya ilmu untuk memajukan taraf kehidupan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta November 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *