Yang Asing

Oleh: Nursyaheera Abdul Ghafar

“Kau kenapa, Raiqal? Salahkah aku untuk cuba menjadi seorang pembela budaya kita sendiri? Bukan macam kau yang tak sudah-sudah memprotes itu ini. Kalau bukan kita yang sibuk-sibuk untuk perkara macam ni, kau nak harapkan siapa lagi?” Dian menuntut reaksi Raiqal. Namun, gadis ini hampa. Raiqal hanya memandang lantai. Kosong.

“Sia-sia kau ambil kursus ini di kampus tapi tak jelas apa yang kau nak buat selepas kita habis belajar nanti. Kalau ada benda yang kau tak puas hati pun, kau tak patut jatuhkan semangat orang lain. Kau tahu, kan?” Dian meluahkan rasa yang terpendam. Raiqal mula  mengangkat wajah.

“Aku cuma terkilan,” balas Raiqal perlahan namun jelas. Dian dan Fyra berpandangan. Mereka seolah-olah tidak percaya bahawa Raiqal akan membalas hanya dengan tiga perkataan itu dan bukannya mahu berdebat seperti sebelum ini.

“Maksud kau?” Fyra bertanya mahukan penjelasan. Lebih-lebih bukan begini lagak Raiqal yang biasa.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta November 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *