Rumah Pusaka

Oleh: Aiman Azahan

“Senah! Bawakan air untuk aku!” jerit Majid memberi arahan kepada isterinya, Hasnah, yang sejak tadi resah melihat tingkah laku suaminya dari dalam rumah.

Hasnah bergegas keluar dari pintu dapur, sambil membawa gelas kosong dan jag berisi ais masak di atas dulang. Dibawakan juga sepinggan karipap yang tidak habis dijual di warungnya sejak pagi tadi.

“Kau bawa air kosong saja?” tanya Majid sambil menghempaskan dulang itu ke tanah. Hasnah terkejut.

“Kau nak mati jugakah?” jerkah Majid. Hasnah menggigil.

“Aku nak makan nasi. Pergi ambil cepat!”

“Nasi … nasi tak ada, abang,” jawab Hasnah terketar-ketar. Dari tadi dia hanya memerhatikan suaminya sehinggakan makanan tengah hari pun tidak disiapkannya.

“Apa?” ditolaknya Hasnah sampai jatuh ke tanah. Hasnah tersungkur.

“Majid!” laung Osman cemas.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta November 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *