Bagaimana Karya Dapat Dinikmati

Oleh: S.M. Zakir

Penulis memikirkan apakah yang ingin disampaikannya dalam cerita dan ini membawa kepada unsur intelek, iaitu menimbulkan satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam sesebuah karya sastera. Penulis kemudian memikirkan apakah ceritanya sampai kepada pembaca dan apakah cerita itu membawa kepada unsur emosi, iaitu membezakan antara cerpennya sebagai karya sastera daripada karya bukan sastera. Apabila pembaca teruntun emosinya dengan cerita, maka penulis telah berjaya menyampaikan ceritanya kepada pembaca. Penulis memikirkan pula apa yang ingin dinikmati oleh pembaca dan hal yang demikian membawa kepada unsur imaginasi, iaitu memperlihatkan ketajaman daya pengamatan dan daya bayangan sehingga dapat melukiskan perkara dan peristiwa seperti benda yang nyata dan benar-benar terjadi. Akhir sekali penulis memikirkan bagaimana karyanya dapat dinikmati oleh pembaca. Pemikiran ini membawa kepada unsur teknik, iaitu kreativiti dalam pengolahan dan membentuk cerita sehingga karya berkenaan menjadi cerita yang berlainan daripada yang lain.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta November 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *