BONDINGS yang Tersimpul Rapi di Pentas Eksperimental

Oleh: Azrie Izham Hamzah

Uniknya BONDINGS, sukan dijadikan alat eksposisi yang menunjangi persembahan. Walaupun pada mulanya, penonton mungkin meneka BONDINGS merupakan sebuah teater mengenai sekumpulan atlet yang berjuang untuk negara, tekaan tersebut ternyata tidak tepat sama sekali sebaik-baik sahaja penonton terbuai oleh kreativiti eksperimental garapan Dr. Wong.

Bertolt Brecht, tokoh teater eksperimental menegaskan bahawa teater merupakan suatu pembentukan semula isu dan permasalahan ke dalam laras bahasa teaterikal. Segala permasalahan mengenai alam sekitar, politik, ekonomi dan sosial, bebas diterjemahkan semula ke medium teater.

Mengikuti karya eksperimentalis tempatan, Hatta Azad Khan, memberikan ruang untuk memahami konsep persembahan teater eksperimental dengan mudah, ketepikan logik dan realiti. Tonton dan hayatilah interpretasi pengkarya yang mungkin tidak dipaparkan secara terang-terangan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta November 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *