Menjejak Denai Darah: Bab 6

Oleh: Nadiah Zaini

Di dalam sangkar emas itu, diam seekor burung yang sangat indah rupanya. Kepalanya berwarna kuning. Paruhnya berwarna abu-abu kebiruan. Lehernya berwarna hijau zamrud. Bulu pelepah di tubuhnya berwarna perang tua. Pada celah-celah sayapnya, pelepah halus berwarna putih dan kuning terjurai elok, bagai rambut gadis yang didandan kemas.

Penggawa Agung Kesmaran mempersembahkan sangkar emas berisi burung indah itu kepada Laksamana Radit Walita dan Panglima Haidar. Tercengang-cengang kedua-dua pembesar itu melihatkan keindahan burung tersebut.

“Cenderawasih,” bisik Laksamana Radit Walita. Keindahan burung syurga ini pernah menjadi sebutan banyak orang. Malah, impian laksamana untuk melihat sendiri keindahan burung sakti ini terlaksana pada hari ini.

Sebentar kemudian, kedengaran pula bunyi gesekan tarawangsa. Alunannya mendayu-dayu.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta November 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *