Wayang Kulit Penguat Cerita Wayang dan Bunohan

Oleh: Wan Hasmah Wan Teh

Buta dan sengau itu ialah simbol kecacatan yang dialami oleh tradisi wayang kulit. Masyarakat mula buta terhadap warisan tempatan dan wayang kulit sebagai tradisi persembahan lisan yang kehilangan kuasa lisannya. Tindakan Awi mempelbagaikan cerita wayang kulit dengan menyelitkan unsur jenaka tidak disenangi oleh Awang Lah. Awi sebagai simbol generasi muda yang cuba menyesuaikan cerita wayang kulit dengan kehendak penonton masa kini, manakala Awang Lah simbol dalang yang tegar mempertahankan warisan tanpa kemasukan unsur baharu dan moden.

Ancaman lain adalah daripada Jusoh lakonan Wan Kenari yang menggunakan agama untuk menghasut masyarakat agar meninggalkan tradisi wayang kulit dan menuduh Awang Lah sebagai manusia yang jauh daripada agama. Gambaran Jusoh jatuh hati kepada Melor dan cubaan Jusoh memperkosa Melor ialah simbol pemerkosaan manusia terhadap tradisi dengan bertopengkan agama. Fitnah yang ditaburkan Jusoh terhadap Awi dan Melor ialah fitnah yang diharapkan dapat menghapuskan tradisi lisan tersebut apabila masyarakat kecewa dan tidak percaya kepada hubungan yang terjalin antara Awi dengan Melor.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *