Adaptasi Sastera dan Budaya dalam Filem Kaki Bakar

Oleh: Nur Maisarah Mohamad Munir

Unsur budaya yang telah ditonjolkan oleh U-Wei Saari menerusi Kaki Bakar dikesan menggunakan pendekatan sosiologi sastera oleh Alan Swingewood yang menjadikan karya sastera sebagai dokumen sosiobudaya. Masyarakat yang ditonjolkan menerusi filem ini mempunyai ciri-ciri budaya tersendiri yang telah diamalkan sejak turun-temurun. Watak Kakang mewakili etnik Jawa dengan ciri-ciri budaya Jawa, sementara watak-watak lain mewakili etnik Melayu dengan unsur-unsur budaya Melayu.

Terdapat beberapa unsur budaya yang ditampilkan dengan jelas seperti budaya atau amalan menuntut ilmu, tatacara hidup bermasyarakat, amalan pekerjaan, budaya kekeluargaan dan budaya mempertahankan maruah. Semua unsur budaya ini ditonjolkan melalui watak yang terdapat dalam filem tersebut. Unsur budaya ini diamalkan oleh masyarakat Malaysia, khususnya etnik Jawa dan etnik Melayu. namun begitu, unsur budaya ini sama sekali dilihat berbeza daripada unsur budaya yang terdapat dalam cerpen “Barn Burning”.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *