Abah dan Ghazal

Oleh: Noor Hidaya Mohd Yasin

“As! As! Asrin!” jeritan Kak Long menyentakkan aku. Bergegas aku bangun, mencari datangnya suara Kak Long.

“As, cepat! Abah jatuh dalam bilik air ni!” suara Kak Long bercampur sebak. Terkocoh-kocoh aku mendapatkan abah.

“Astaghfirullah, abah …”

Luluh hatiku melihat keadaan abah ketika itu. Abah terlentang di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kepala abah berdarah. Kak Long sudah mengongoi-ngongoi menangis di sisi abah. Tangannya menggoncang-goncang lengan abah sambil menyeru nama abah. Aku tangkas memapah abah.

“Cepat ambil kunci kereta, Kak Long. Kita bawa abah ke hospital sekarang!” jeritku.

Peristiwa itu menyebabkan impian abah punah. Abah kecewa. Persis lagu Patah Hati, abah merapus, marah akan kami yang tidak mengejutkannya dari pengsan selama tiga hari.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *