Pesanan Terakhir

Oleh: Ku Aminah Ku Mat

“Syuk, Allah tak tengok siapa kita yang dahulu tetapi Allah tengok siapa kita hari ini. Yang lepas biarlah berlalu,” bicara Lukman sambil merangkul bahu Syukri.

“Tapi, saya malu nak menghadap kitab suci Tuhan dengan tubuh yang kotor ini.”

“Ingat Syuk, Allah Maha Pengampun. Bila kita dah bertaubat, kita kena yakin yang Allah menerima taubat kita. Kalau masih ada keraguan, maknanya kita masih ragu dengan sifat Allah Yang Maha Pengampun,” sambung Lukman Asyraf.

“Tapi, tangan saya ni dah lama tak sentuh al-Quran.”

“Dik, abang janji akan bantu Syuk untuk menjadi penghafal al-Quran yang mantap. Percayalah, Allah terbitkan rasa bersalah di hati sebab Dia bersama-sama Syuk, Dia nak Syuk merintih dan kembali pada Dia.”

“Betulkah abang nak tolong?”

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *