Lorong Mati

Oleh: Alang Budiman

“Baik, aku ada satu pakej yang cukup istimewa untukkau. Kauperlu bayar tiga puluh ribu untuk sertai program ni. Selepas mendaftar kauakan mendapat sebuah kereta mewah. Kaucari orang bawahan, lepas tu boleh lah kaumakan duit komisen.”

Kaucuba menjerat Botak. Mata Zaki terbeliak mendengar kata-katamu. Dia faham helahmu.

“Tiga puluh ribu? Kaubiar betul?” Botak berhenti berfikir seketika. Kaumula cuak, takut helahmu tidak menjadi.

“Ini betul-betul hebat! Dengan tiga puluh ribu aku boleh dapat kereta dan duit lagi? Aku setuju!”

Ruang kedai makan itu riuh seketika dek ketawa besarkau, Zaki dan Botak.

“Kalau kausetuju, lepas ni aku akan bagi penerangan lanjut. Cara untuk kaudapat kereta dan untung daripada modal yang kaulaburkan.”

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *