Kotak Nurani dan Salvador Magritte

Oleh: Lokman Hakim

Biarpun begitu, aku mula mengesan satu enigma pada imej wajah tersebut. Kedua-dua belah anak matanya yang berwarna hitam seolah-olah hidup. Maksudku, saiznya mula membengkak. Pada mulanya, kadar pengembangan itu begitu perlahan. Namun, begitu dari masa ke masa, kelajuannya meningkat. Dalam masa beberapa ketika sahaja, wajah itu ditelan kegelapan yang serupa seperti yang aku perhatikan pada orb Magritte. Lohong hitam yang menelan segala-galanya.

Entah mengapa, hatiku terdetik pula untuk menyentuh kegelapan itu. Aku larikan jari-jemariku pada permukaan orb yang berputar dalam imej lohong hitam tersebut. Permukaan itu menyedut malah seolah-olah mahu menelan tanganku. Aku pantas menarik tanganku dan mengundurkan diri. Malangnya, aku tersilap langkah lalu merempuh salah satu bingkai kanvas yang berdiri tegak. Pada ukuran 1.618 meter setiap sisinya, kanvas itu cukup besar menyebabkan aku rebah. Aku terhempap oleh bingkai kanvas itu. Daguku berdarah akibat tercium lantai. Kakiku tersepit dari paras pinggang ke bawah.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *