Warna-warni Inspirasi dalam Penulisan Genre Kanak-kanak

Oleh: Hasni Jamali

Dalam pencarian idea untuk melahirkan cerita kanak-kanak, pengalaman bergaul dengan mereka sahaja tidak mencukupi. Bagi memahami perkembangan dunia kanak-kanak sebenar, saya kerap membaca buku berkaitan kanak-kanak pelbagai genre seperti genre akademik, novel, buku berilustrasi dan buku bergambar serta komik.

Saya juga melanggan majalah Dewan Pelajar untuk membaca cerpen dalam ruangan “Kisah Bulan Ini”. Karya yang disiarkan merupakan karya yang telah ditapis oleh editor. Pastinya karya ini ialah karya terbaik untuk dijadikan contoh penulisan cerita kanak-kanak. Ruangan Puisi Untukmu dan Ceritaku memaparkan hasil karya yang ditulis oleh kanak-kanak. Karya ini mampu memberikan ilmu tambah kepada saya dalam mengesan tahap pemilihan diksi dan olahan gaya bahasa oleh kanak-kanak itu sendiri.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *