Bangsawan Pelayaran Panglima Awang (Henry the Black) Kisah Sejarah yang Penuh Romantis

Oleh: Noor Hafedah Jamiyil

Watak lelaki berhidung belang ini lebih jelas kelihatan apabila Panglima Awang kembali ke Alam Melayu dan berjumpa semula dengan Tun Gayah setelah bertahun-tahun terpisah. Dalam babak ini, sekali lagi unsur romantis disuntik apabila Panglima Awang dan Tun Gayah saling berpantun untuk menyampaikan emosi dan perasaan mereka. Perasaan rindu dan sayang yang terputus sebelum ini, umpama kembali bersambung.

Tun Gayah:

Pertemas condong ke Jawa,

Sorek di mana ditukarkan;

Angkatlah beban tuan bawa,

Kita di mana ditinggalkan.

Panglima Awang:

Antara padi dengan semantong,

Di situ sorek ditukarkan;

Antara hati dengan jantung,

Di situ adik ditinggalkan.

Tun Gayah:

Rindu ridang kubawa ke kandang,

Batang bayam kutumiskan;

Rindu siang kubawa bertandang,

Rindu malam kutangiskan.

Panglima Awang:

Asal ada kaca di pintu,

Tanamlah dedap di dalam padi;

Asal ada kata begitu,

Alangkah sedap dalam hati.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *