Menjejak Denai Darah: Bab 7

Oleh: Nadiah Zaini

“Biadap sungguh kalian ini. Datang tanpa angin, pergi meninggalkan onar!” bentak seorang lelaki yang kelihatan paling berumur dalam kalangan mereka. Wajahnya bengis. Garis usianya jelas terlukis di dahi dan bawah matanya yang kuyu. Sesekali, sepasang mata tuanya terkedip-kedip. Namun, tubuhnya kelihatan masih tegap dan perkasa.

“Maafkan hamba. Hamba ini dari Kerajaan Indera Mahkota ingin menuju ke sebuah kota masa hadapan yang diberi nama Kota Telipuk,” lembut tutur Puteri Gunung Ledang membuatkan gerombolan lelaki itu terdiam.

“Siapakah gerangan tuan hamba ini yang telah menghuru-harakan kerajaan kami? Raksasa yang sekian lama diam secara tiba-tiba telah mengganas. Ini malapetaka namanya. Rombongan tuan hamba telah mengundang bencana ini. Tuan hamba perlu bertanggungjawab!”

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Disember 2016.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *