Pengungkapan Semula Sejarah Natrah dalam Atas Nama Cinta

Oleh: Almahera Abu Hassan

Oleh itu, kesusasteraan pascakolonial sebagai suatu hubungan yang kritikal dan bersifat protes terhadap penjajah. Kesusasteraan pascakolonial juga merupakan penulisan dengan cara terus atau cara yang lain untuk menentang tanggapan penjajah. Hal yang demikian ini memperlihatkan bahawa kesusasteraan pascakolonial merupakan salah satu cara anak watan tanah jajahan melakukan penentangan terhadap penjajah yang bukan bersifat fizikal. Penulisan khususnya dijadikan saluran dan wahana untuk menyuarakan kesedaran mereka terhadap penjajah serta mendedahkan tanggapan penjajah ke atas anak watan tanah jajahan, justeru, kesusasteraan pascakolonial memperlihatkan hasil interaksi antara budaya penjajah dengan budaya anak watan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Januari 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *