Menghayati Kembara Awang

Oleh: Anis Audina As’ad Azam

Pemaparan dialog dan babak yang menunjukkan keegoan Magellan ternyata memberi warna terhadap perkembangan plot cerita. Sebagai contoh, Magellan bertindak melulu membakar rumah penduduk kampung serta memanggil penduduk Pulau Layar sebagai penduduk Pulau Pencuri kerana menggunakan bot panjang miliknya. Sikap Magellan ini diselar oleh Awang, sekali gus memaparkan watak Awang sebagai lebih rasional, matang dan berhati-hati dalam sebarang tindakan. Selain itu, sifat ego Magellan juga digambarkan menerusi salah satu dialognya:

“Tanpa perlu menggunakan meriam, kita pasti boleh memenangi peperangan ini! Kita hanya menggunakan meriam sebagai kaedah untuk menakut-nakutkan mereka.”

(halaman 185)

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Januari 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *