Kasih Insan Terpilih

Oleh: Aishah Yazid

Keterangan lukisan mencatatkan: Di daerah darah inilah, cinta jadi lebih suci dan bermaruah – Hud Kabhir (Malaysia).

“Ini potret Hud!” Sakinah berteriak.

Hud …

Lelaki misteri yang sanggup meninggalkan pengajian undang-undang dan meninggalkan segala-galanya untuk mengembara. Dia memilih untuk berundur, mengubah laluan hidup setelah abah enggan kami bersatu atas dasar kedudukan yang berbeza. Bertahun-tahun saya nanar mencari di mana Hud berada. Rupa-rupanya dia beralih arah kepada seorang jurufoto sebuah majalah antarabangsa yang ternama dan sedang mengukir nama dalam bidang fotografi di sana. Saya membawa perasaan yang bercampur-baur itu pulang ke rumah. Di hadapan abah, saya membilang, nah sekarang Hud sudah ternama di peringkat antarabangsa, apa lagi yang mahu abah caturkan?

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 1 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *