Res Ipsa Loquitur

Oleh: Mohd. Shahidan Adris

“RM10 000 untuk ganti rugi kedukacitaan dan RM5000 untuk ganti rugi kos pengebumian,” peguam defendan bersuara sejurus mahkamah menangguhkan kes untuk sementara.
“Errr … RM15 000 untuk kes ini terlalu sedikit,” kata Salleh ragu-ragu.
“Dah berapa lama anda praktis? Biasanya, itulah jumlah yang ditawarkan untuk kes kematian sebegini,” balas peguam defendan dengan nada tinggi.
Walaupun hatinya sedikit tergores mendengar kata-kata itu, Salleh terpaksa menelan hakikat yang dia sebenarnya baru sahaja dua hari bergelar peguam. Dia sendiri sememangnya tidak pasti jumlah ganti rugi yang sepatutnya diterima oleh anak guamnya.
“Saya perlu berbincang dengan anak guam,” jawab Salleh.
“Baik. Pergi berbincang dengan anak guam anda. Minta dia terima sahaja jumlah ini atau kita teruskan perbicaraan.”

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 1 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *