Satu Pencarian Makna Hidup

Oleh: Lokman Hakim

Saya terus menulis tanpa henti dari satu manuskrip ke manuskrip yang lain. Ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015, saya berbincang dengan penulis-penulis di bawah label Lejen Press dan Buku Hitam Press untuk menulis sebuah novel bersama-sama. Dengan kerjasama Asmar Shah dan Dalila Dahri, kami berjaya menyiapkan manuskrip Dua Nyawa yang diterbitkan pada Februari 2016 oleh Lejen Press.

Pada bulan Ogos 2015, saya dan adik saya bertolak ke Osaka, Jepun selama 10 hari untuk menonton konsert Summersonic 2015 di bawah tajaan penerbit FIXI. Pengembaraan ini merupakan satu perjalanan yang menarik kerana saya pernah bergelumang dengan dunia muzik, dilema seorang jurutera yang mahu bertukar kerjaya dan desakan pelbagai watak dalam minda yang meminta saya menuliskan kisah mereka ke dalam bentuk novel. Hasilnya, novel Jepun akhirnya diterbitkan pada April 2016. Perjalanan ke Jepun itu menyedarkan saya betapa perlunya seorang penulis untuk merantau dan mempelajari sesuatu yang baharu. Pengalaman merupakan elemen penting dalam membentuk proses pengkaryaan seseorang penulis.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 1 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *