Dikir dari Rimba Dialog Anak Watan dengan Komunis

Oleh: Mohamed Nazreen Shahul Hamid

Dalam Dikir dari Rimba, Seni Bayan yang bertindak sebagai penulis skrip dan juga pengarah mempunyai pemikiran jelas yang hendak disampaikan. Hal yang demikian dapat dilihat melalui dialog antara Kapten Roslan dengan Marwan. Dialog yang berupa konflik pemikiran ini melibatkan penghujahan dalam ideologi yang dipegang. Kapten Roslan dalam teater ini mewakili suara anak watan Tanah Melayu manakala Marwan membawa suara ideologi komunis yang dibawa masuk dari luar. Antara penghujahan tersebut termasuklah ketika Kapten Roslan menempelak tingkah laku komunis yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai manifesto kemerdekaan mereka. Perkara ini boleh dilihat dalam petikan dialog seperti yang berikut:

Marwan:

Telah tiba waktunya kaum komunis harus dengan terang-terang menyiarkan tujuan dan pandangan kami, kecenderungan  kami terhadap seluruh dunia dengan sebuah manifesto dari parti kami sendiri.

Kapten Roslan:

Manifesto dengan mengangkat senjata dan membunuh lagi? Membunuh macam kau dan macam orang komunis kau bunuh askar dan polis, bunuh orang awam, bunuh orang kampung yang tak berdosa dan macam kau bunuh Jiman di depan mata aku? Kau nak aku dan rakyat Malaya mengukur dan menilai manifesto merdeka komunis dengan mempertaruhkan nyawa yang tak berdosa?

Di sini jelas bahawa, Seni Bayan ingin menyatakan bahawa niat sama sekali tidak pernah menghalalkan cara. Nyawa insan yang tidak berdosa, tidak harus dijadikan korban dalam usaha mencapai sesuatu matlamat.

Artikel

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *