Menjejak Denai Darah Bab 8

Oleh: Nadiah Zaini

“Maaf jika mengganggu. Boleh patik tahu siapakah nama tuan hamba yang rupawan?” Adika Wisnu mencuba sekali lagi. Perempuan itu masih tidak mempedulikan kehadiran Adika Wisnu. Kemudian, dia mendengar suara perempuan itu meratap hiba. Semakin lama semakin kuat. Kemudian, kedengaran pula irama Ulek Mayang dinyanyikan. Sayup- sayup kedengaran dan akhirnya terus sepi.

‘Aku yang bermimpi ataupun ini memang di alam nyata?’ tanya Adika Wisnu kepada dirinya.

Kepalanya yang tidak gatal itu digaru berkali-kali. Adika Wisnu terhidu sesuatu yang wangi. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari arah datangnya bau itu. Apabila ditoleh semula ke arah perempuan itu, tiada sesiapa di situ. Susuk tubuh perempuan yang dilihat tadi hilang.Hanya kelihatan kabus yang menyelubungi kawasan itu. Perempuan itu telah ghaib.

Novel bersiri ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 1 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *