Selayang Pandang Perkembangan Drama Kanak-kanak di Malaysia

Oleh: Norlizawati Md. Nor

Berdasarkan gambaran ini adalah jelas bahawa sifat yang ada pada drama muzikal ini bertujuan untuk menghiburkan, maka dengan itu drama sebegini lebih menarik jika dipentaskan dipersembahkan mengikut rentak lakonan. Tambahan pula, bahagian depan drama ini juga terdapatnya paparan bahan untuk pementasan seperti alat-alatan pentas, pakaian, tarian, lampu dan paparan watak-watak dan peranan. Di samping itu, watak-watak yang terdapat dalam drama tersebut ialah watak-watak yang luar biasa dan penuh dengan kelucuan. Contohnya, watak binatang seperti Kucing dan Raja Tikus boleh berkomunikasi dengan manusia. Tambahan pula, kemunculan watak Orang Angkasa menjadi lebih menarik perhatian kanak-kanak.

Oleh yang demikian, drama berbentuk muzikal ini amat sesuai dibaca atau dilakonkan oleh watak kanak-kanak kerana dapat mencuit hati pembaca atau penonton dan juga kanak-kanak tersebut. Walaupun drama ini berbentuk muzikal yang mempunyai unsur peristiwa yang diselang-selikan dengan nyanyian dan muzik, tetapi unsur watak, latar dan plot masih terikat kepada persembahan drama tahun-tahun sebelumnya. Hal ini dikatakan demikian kerana plot dalam drama ini masih mengikut kronologi, iaitu bermula dengan permulaan, perkembangan, klimaks dan peleraian. Dari segi wataknya pula, terdiri daripada watak yang tidak banyak dan watak jahat akan dibalas dengan pembalasan yang setimpal, watak baik akan mendapat kemenangan sehingga akhir cerita, manakala latarnya pula berlatarkan dunia yang nyata (Abdul Aziz Azas, 1970: 1-63).

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 2 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *