Drama Wadah Membina Generasi Unggul

Oleh: Farra Humairah Mohd

Berdasarkan konsep pembelajaran holistik dan kepelbagaian kecerdasan, penyepaduan dan penguasaan ilmu pengetahuan serta nilai murni/didaktik melalui drama amat bertepatan dengan konsep ini. Drama yang bersifat penyepaduan pelbagai seni amat sesuai untuk menyampaikan pelajaran secara menyeluruh dan bersepadu. Namun, guru perlulah terlebih dahulu menguasai elemen drama tersebut sebelum melaksanakannya dalam sistem pengajaran dan pembelajaran.

Oleh sebab drama atau teater merupakan salah satu cara belajar, kanak-kanak dapat belajar mengenal diri dan masyarakat melalui pendidikan drama. Hal ini disebabkan elemen asas dalam drama yang meniru dan mencerminkan kehidupan individu serta masyarakatnya. Melalui aktiviti drama kreatif, kanak-kanak dapat dibimbing untuk berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih menggunakan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Di samping itu, pembelajaran melalui drama juga akan menjadikan kanak-kanak belajar dengan lebih mudah dan menyeronokkan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 2 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *