Pusaka Warisan

Oleh: Siti Nur Hidayah Abdullah

Nenek tidak meneruskan kata-kata. Kelihatan iras-iras sendu di wajah tua itu. Nenek berjeda seketika, bagai ada penghalang di kerongkongnya. Dia tiba-tiba menjadi penyabar dan penunggu kata-kata nenek yang setia.

“Syaratnya, selagi datukmu masih hidup, jangan sesekali kamu bahagi-bahagikan pusaka ini,” ujar nenek setelah berjeda seketika.

“Kalau itu terjadi?” tanya dia seperti kebodoh-bodohan.

“Maka hidup kamu akan sering ditimpa celaka dan sial.”

“Sungguhkah?”

“Jangan dicuba apa yang belum pernah dilakukan oleh bangsa kita, oleh keturunan kita!” tegas nada suara nenek.

Dia terdiam seketika. Dapat dirasakan kedua-dua belah matanya terkebil-kebil bagai mata pelanduk yang berada di dalam jerat. Fikirannya melayang entah ke mana.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 1 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *