Yong Tau Fu

Oleh: Suhaila Sharif

Sebelum usai solat, terdengar riuh-rendah di luar surau. Terganggu sedikit khusyuk para jemaah. Namun, solat wajib diteruskan sampai penghujungnya. Selesai salam, ada yang menunggu imam membaca doa, ada yang bergegas ke luar surau. Masing-masing tertanya-tanya apa yang dikecohkan.

Dari jauh, nampak api menjulang tinggi. Entah apa yang terbakar, entah rumah siapa. Masing-masing bergegas ke luar surau dengan tanda tanya bersarang di dada. Tidak terkecuali Hajah Nur dan Haji Muslim. Pantas Haji Muslim mencapai motosikalnya, menghidupkan enjin motosikal serentak menggamit Hajah Nur memboncengnya. Tidak sempat Hajah Nur menanggalkan telekung.

Semakin dekat dengan tempat kejadian, semakin berdebar dada pasangan suami isteri ini. Entah-entah rumah mereka sendiri yang terbakar. Manalah tahu, malang sememangnya tidak berbau. Tuhan menduga pelbagai cara.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta  Bil. 2 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *