Ke Puncak Qudwah

oleh: Saza S

Oh! Tuhan. Lereng gunung beranak tangga yang akan menjurus saya menuju puncak Sinai itu, kini membawa saya kepada surah Taha. Bukankah surah itu yang melembutkan hati Umar yang keras? Umar yang masyhur dengan kebengisan dan kegagahannya. Kedinginannya mencairkan seketul kejahilan menjadi al-Farouq, ikutan sepanjang zaman. Melumatkan pasak ajaran jahiliah yang memejal dalam diri.

Beberapa langkah lagi saya akan tiba di puncak. Saya menyegerakan derap. Apabila wajah kemuncak memenuhi ruang penglihatan, saya diserbu rasa ragu. Tiada apa-apa. Tiada api hangat yang mendamaikan, atau bintang di langit yang menunjuk arah atau naga sakti yang akan menawarkan saya azimat luar biasa. Yang ada hanyalah kekelaman malam, juga sejuknya angin yang menggila, puluhan pendaki lain yang sedang duduk-duduk melepaskan penat dan kantuk serta hati saya yang berlompang. Saya berdiri antara pendaki dengan mengah nafas yang meronta-ronta minta dilepaskan liang pernafasan. Ruang hati minta diisi, dipenuhkan dengan sesuatu yang mujarab. Azimat yang saya cari sepanjang perjalanan ini.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 2 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *