Bakat dan Minat Perlu Seiring Sejalan

Oleh: Muhamad Fazrin

Suatu pagi, editor yang mengendalikan karya ini, Zalila Isa menghubungi saya melalui Facebook dan telefon, menyatakan hasrat untuk menggunakan khidmat saya sebagai pelukis ilustrasi dalaman. Perbincangan demi perbincangan dilakukan. Selanjutnya, saya memulakan proses melukis berdasarkan setiap keterangan yang diberikan. Saya diminta untuk menghasilkan 10 keping ilustrasi hitam dan putih. Syukur, proses melukis ilustrasi dalaman ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Beberapa bulan selepas itu, karya ini berjaya diterbitkan.

Sekitar pertengahan 2016, saya memulakan satu lagi langkah baharu. Kali ini, saya mula serius dalam bidang puisi setelah beberapa tahun sebelumnya saya menulis puisi hanya sekadar hobi. Pertama kali dalam sejarah hidup saya, puisi yang saya tulis berjaya disiarkan dalam majalah Tunas Cipta keluaran Disember 2016. Pada awalnya, puisi saya yang berjudul “Pelabuhan dalam Daerah Bercahaya” dihantar sekadar ingin mencuba nasib. Tanpa disangka-sangka, puisi ini terpilih antara berpuluh malah mungkin ratusan puisi yang dihantar oleh penulis muda lain untuk disiarkan dalam majalah tersebut.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 2 2017.

 

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *