Elemen Wira Naluri Kebapaan

Oleh: S.M. Zakir

Dalam psikoanalisis Carl Jung, jiwa (psyche) terdiri daripada sistem utama, iaitu ego, alam bawah sedar personal dan alam bawah sedar kolektif. Dalam konteks pemahaman tentang elemen wira naluri kebapaan ini, ego memainkan peranan untuk melihat situasi ini dengan jelas. Ego merupakan pusat alam sedar dan peka terhadap penerimaan, pemikiran, pengamatan, perasaan dan pengingatan. Ego bertindak dalam cara yang terpilih, kesedaran alam sedar daripada rangsangan diri. Ego bekerja pada tingkat sedar, lahir daripada perasaan dan identiti seseorang. Ego ialah tingkah laku yang umumnya dimiliki dan ditampilkan secara sedar. Elemen wira naluri kebapaan juga satu bentuk manifestasi ego,  yakni ego kelelakian dalam makna yang positif dan persuasif.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 2 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *