Kembara Fitrah di Daerah Syahid Dukapura

Oleh: Azrie Izham Hamzah

Tidak keterlaluan jika dikatakan, babak perbalahan emosi anak dan bapa ini merupakan antara babak terbaik sepanjang lebih kurang satu jam pementasan. Nizam Yamin cukup selesa menyarung busana Tok Penghulu merangkap bapa Arjuna. Emosi yang ditonjolkan cukup tepat dan mengingatkan kita kepada sikap dan perlakuan ayah atau bapa yang kita kenali.

Tok Penghulu merajuk. Watak ini turut sama terbeban oleh dilema antara akidah dengan tanggungjawabnya terhadap penduduk Dukapura. Dilema seorang bapa dan pemimpin masyarakat.

Arjuna mempertahankan pendiriannya. Baginya, dengan menyelamatkan akidah bapanya maka terselamatlah Dukapura daripada cengkaman kesesatan syaitan yang direjam. Arjuna tekad dan melaungkan azan buat pertama kali di Dukapura.

Jin Nantaboga dan konco-konconya mengamuk dan merasuk ke jasad salah seorang rakan Arjuna, Gunawan. Jasad Gunawan yang bersenjatakan keris cuba menyerang Tok Penghulu. Arjuna mempertahankan bapanya. Saat inilah tikaman tepat mengenai badan Arjuna. Arjuna yang parah ditikam, sempat menghabiskan laungan azan pertama di Dukapura sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 2 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *