Aku Bukan Kaki Bangku

Oleh: Khairunnisa’ Dalila Roslan

Sikap hasad dengki yang dipaparkan dalam novel ini dilihat signifikan dengan masyarakat kini yang sentiasa tidak berpuas hati atas kejayaan orang lain serta sanggup melakukan perkara di luar batasan demi menjatuhkan reputasi seseorang. Hal ini ditunjukkan melalui peristiwa Fakrulrazi menyerang Zulfah beberapa kali demi memastikan Zulfah tidak terpilih untuk perlawanan bola sepak akan datang.

Akhirnya, sikap panas baran dan dendam Fakrulrazi hanya menjerat dirinya sendiri apabila dia jatuh tergelincir dan pahanya tertusuk tunggul buluh ketika hendak memukul Zulfah. Di sini, pengarang begitu menekankan sikap terpuji Zulfah apabila watak ini sudi memaafkan dan masih mahu bersahabat semula dengan Fakrulrazi. Sikap Zulfah yang sentiasa positif, diwarisi daripada ayahnya yang sering memberi nasihat dan dorongan supaya dia tidak memutuskan silaturahim hanya disebabkan sukan bola sepak.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 2 2017

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *