Pembayang Pantun Bukan Sekadar Pematuhan Bentuk

Oleh: Junaini Kasdan

Tumbuh melata si pohon randu,

Pergi pasar membeli daging;

Banyak harta tak ada ilmu,

Bagai rumah tidak berdinding.

Pembayang pantun tersebut, “Tumbuh melata si pohon randu, Pergi ke pasar membeli daging” bukan sahaja tidak memenuhi konvensi yang ditetapkan, tetapi juga memberikan maklumat yang mengelirukan khalayak. Baris pembayang maksud ini memberikan gambaran bahawa pencipta pantun ini tidak mengetahui tentang pohon randu atau tidak tahu maksud kata melata. Hal ini dapat dimaklumi kerana pohon randu bukan sahaja sudah jarang-jarang ditemui, tetapi juga orang tidak memanfaatkan hasil pokok randu ini.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 3 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *