Ilmu Sains dan Tradisi Agraria dalam Pantun Melayu

Oleh: Jasman Bandar

Kepelbagaian nama buah-buahan yang ditanam serta fungsinya dalam masyarakat Melayu menyebabkan nama itu dengan mudahnya menjadi sebahagian daripada diksi yang digunakan dalam pantun Melayu. Keadaan ini menjadikan pantun sebagai wahana penataran ilmu dan bahasa masyarakat Melayu lampau. Sehubungan dengan hal itu, pantun dapat dianggap sebagai medium pembelajaran dan pengajaran tidak rasmi yang memberikan pengetahuan kearifan tempatan. Secara tersiratnya kearifan tempatan itu menterjemahkan elemen budaya, nilai dan norma, didaktik dan segala ilmu pengetahuan yang bersifat sejagat di alam Melayu.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 3 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *