Realiti Masyarakat Majmuk dalam Pohon Hayat

Oleh: Hakim Bahaman

Meskipun novel ini boleh dikatakan jujur dan berani kerana mengutarakan isu-isu gelap dan sensitif, novel ini masih sarat dengan nilai-nilai murni. Pengarang amat menekankan kepentingan integriti dalam kehidupan. Misalnya, Ahmad Rejab digambarkan sebagai seorang yang menolak amalan rasuah walaupun dia amat memerlukan lesen perniagaan yang sah untuk terus berniaga di Tanah Tinggi Cameron.

Di samping itu, pengarang turut menyelitkan elemen kekeluargaan yang sangat kuat melalui keluarga Ahmad Rejab. Misalnya, Zahirah setia menjaga kebajikan ayahnya selepas kematian ibunya manakala Suhaimi tetap prihatin terhadap keselamatan adiknya, Zahirah walaupun mereka bergiat dalam wadah yang berlainan.

Seterusnya, pengarang juga menonjolkan semangat perpaduan antara kaum yang diamalkan oleh penduduk Tanah Tinggi Cameron. Hal ini jelas ditunjukkan oleh Zahirah dan kawan-kawannya yang giat bekerjasama menjalankan kerja-kerja sukarelawan dan kebajikan melalui NGO yang mereka tubuhkan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 3 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *