Gelap

Oleh: Haizir Othman

Wajah-wajah gelap, hitam legam, gugur tersebar merata-rata di negeri yang kauhuni. Kau tidak bisa berjalan kaki di lantai kota tanpa melanggar seseorang di hadapan, akibat hitam dan ramainya mereka. Sering kali pelanggaran akan berkesudahan fatal apabila rakan langgaranmu tidak berpuas hati dengan cara dia dilanggar. Kemarahan mudah tercetus di negeri ini dan apabila tidak dikawal, manusia bertukar menjadi raksasa dalam sekelip mata. Di sini, alasan kemarahan sering sahaja disebabkan oleh kegelapan wajah. Manusia berwajah gelap akan bermusuh dengan manusia berwajah lebih gelap dan kurang gelap hanya kerana ton kegelapan mereka tidak sama. Akibatnya, pergaduhan berlaku sebelum melarat kepada rusuhan. Rusuhan akan memakan mangsa dari semua kumpulan wajah. Akan kaulihat ironis apabila darah mereka semuanya sama berwarna merah, bukan mengikut ton warna gelap wajah masing-masing.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 3 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *