Rumah Nikmat

Oleh MK Riza

Suatu malam, ketika demam Nikmat belum kebah, isteri Nikmat bersiap cantik. Lalu Nikmat bertanya.
“Awak nak ke mana malam-malam ni?”
“Saya nak pergi jumpa pelanggan,” balas isteri Nikmat, Datin Milsa acuh tak acuh.
“Jumpa pelanggan malam-malam buta begini.”
“His … awak ni macam tak faham pula. Awak dahulu pun jumpa pelanggan malam-malam juga. Kita orang berniaga, kerja tak kira siang malam.”
“Yalah … tapi awak tak kasihankan sayakah? Sepatutnya dalam keadaan saya begini, awak jaga saya,” hati Nikmat luluh melihat perangai isteri Nikmat begitu.
“Alah … dulu masa saya sakit, pernah awak jaga saya? Siang malam keluar. Awak ni jangan banyak membebellah. Mak Munahkan ada. Apa-apa hal minta tolong dia. Apa guna ada orang gaji.”

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 3 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *