Di Pusara Bonda

Oleh: Ufuk

Tik tik tik …

Bunyi hujan di atas genting.

Airnya turun tidak terkira.

Cubalah tengok dahan dan ranting.

Pohon dan kebun basah semua.

Lihatlah kebunku penuh dengan bunga.

Ada yang putih dan ada yang merah.

Setiap hari, kusiram semua.

Mawar Melati semuanya indah …

Ahmad seolah-olah dapat mendengar semula kemerduan suara ibu menyanyikan lagu itu semasa hendak menidurkannya. Kata ibu, lagu itu pernah didendangkan oleh nenek semasa ibu masih kecil. Kata ibu lagi, lagu itu merupakan lagu turun-temurun yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya dalam keluarganya. Ahmad bersyukur kerana didendangkan dengan lagu yang cukup indah itu. Oh! Ibu, sungguh indah suara ibu. Oh! Ibu, sungguh enak ayunan tanganmu  menidurkanku.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 3 2017.

 

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *