Lelaki yang Kehilangan Kata-kata

Oleh: AK Kelana

Semenjak kebelakangan ini urusan di pejabat agak kelam-kabut. Di rumah, rajuk manja Iza sangat menjengkelkan aku. Perutnya yang memboyot membuatkan aku bosan, memberikan rasa tidak tenteram. Kesibukan kerja dan tekanan kewangan sebagai persediaan kelahiran anak kedua kami sedikit banyak menjadikan aku tertekan.

Sebatang tubuh genit hadir di hadapanku. Dia merangkul tanganku yang kekar. Mencuit-cuitnya dengan kemesraan yang ajaib.

“Kau … ok?”

Pertanyaan itu bagaikan suara yang nyaman menepuk-nepuk hatiku dengan kesantunan yang amat mempesona.

“Aku … sedikit tertekan. Hal keluarga. Tak mengapa.”

“Oh! Jom, temani aku makan?”

Tanpa aku sedar sapaannya yang mesra itu memaut hati kami menjadi sebuah cinta yang bahagia. Sebuah rasa yang mempesona. Kami saling berkongsi rasa hati. Lama-kelamaan hubungan kami benar-benar erat! Namun, sesuatu yang mengejutkan aku apabila Azi mengajakku bernikah. Benar! Ajakannya itu terus bergema-gema dalam kotak fikirku.

Cerpen ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 3 2017.

 

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *