Kepelbagaian Konvensi dalam Cerpen

Oleh: S.M. Zakir

Selalunya, konvensi dalam sastera berpadu dengan penulisan berbentuk realisme yang lebih tepat disebut gambaran realiti sosial atau dunia masyarakat yang sebenar. Realisme menonjolkan kehidupan sebagaimana sebenarnya bukan sesuatu yang dikhayalkan atau diagung-agungkan, dalam kata lain membuat gambaran yang benar-benar objektif. Realisme memperlihatkan manusia-manusia biasa dengan pencarian-pencarian yang biasa. Lazimnya manusia-manusia ini juga menjadi mangsa kepada kuasa dan keadaan yang tidak dapat dielakkan atau dikawal.

Dalam konteks sastera, realisme mengangkat konvensi dengan memilih aksi yang paling sesuai dimasukkan, mengambil secebis kehidupan untuk “didramakan”. Pilihan aksi yang paling sesuai atau bahagian aksi terpilih ini disebut dekorum. Pemilihan cebisan kehidupan yang paling dramatik atau dekorum ini adalah untuk meletakkan perasaan sebagai bingkai gambaran, iaitu dalam mewujudkan plot, naratif, konflik dan katarsis (kesan kejiwaan).

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 3 2017.

 

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *