Bersatu dalam Gamat

Oleh: Samantha Tan Pei Ying

Naskhah Adaptasi Teater Muzikal Gamat ini merupakan pementasan yang boleh diladeni oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelompok usia. Hal yang demikian kerana naskhah ini dilapisi konflik berbeza yang sarat dengan pengajaran bermanfaat untuk teladan bersama.

Antara nilai ketara yang ditonjolkan termasuklah kesedaran menjaga hidupan laut, iaitu dengan tidak melepaskan sisa-sisa buangan seperti sampah sarap dan kotoran minyak yang boleh menyebabkan pencemaran. Walau bagaimanapun, kesan pencemaran ini tidak disampaikan secara langsung kepada penonton kecuali babak kesengsaraan Kurita sahaja. Namun, naskhah ini dilihat berjaya menyampaikan mesej secara serampang dua mata. Hal yang demikian kerana mesej atau kempen memelihara alam sekitar disampaikan dalam bentuk hiburan.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 3 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *