Janji Annisa Episod 1: Wadi Ara

Oleh: Arifah Othman

Dewan Kampus Givat Haviva meriah oleh para peserta kursus yang bersalaman tanda perpisahan. Hari ini merupakan hari terakhir kursus kami. Mataku mencari-cari Sarah, antara rakan yang rapat denganku sepanjang kursus Pengajian Bahasa Arab di Wadi Ara ini. Namun, kelibat gadis ini tidak kutemui. Aku terus mencari sekitar kampus sehinggalah seorang rakan Sarah memberitahu bahawa Sarah baru menerima berita bahawa sepupunya sakit tenat di Ramallah. Aku terus berlari ke bilik Sarah untuk menemuinya.

“Sarah!” aku mengetuk pintu bilik bertalu-talu. Daun pintu yang tidak tertutup rapat aku tolak perlahan. Aku terbungkam. Langkahku terhenti kaku.

Novel bersiri ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 3 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *