Metafora Ramalan dan Budaya Subversif dalam Fiksyen Siberpunk

Oleh: Muhammad Nur Saiful Ghazali

Budaya subversif juga dilihat tidak terlepas daripada pemerhatian pengarang fiksyen siberpunk tempatan. Dalam novel id: Inter Dimensi karya Amer Hmzah L. Kader, pengarang telah menerapkan teori Messiah yang berhasrat untuk menyelamatkan bumi. Teori Messiah mempercayai kemunculan manusia yang dianugerahi kuasa tertinggi sebagai penyelamat atau pembebas. Dalam novel tersebut, pengarang telah mengangkat watak Eva sebagai penyelamat dengan mematikan program Megalania (dunia maya yang telah disalahgunakan oleh watak Tuba) demi menyelamatkan manusia yang berhadapan dengan krisis fitrah hidup. Watak Eva telah “dimasukkan” kuasa tertinggi oleh pengarang apabila menerima program khas yang dibangunkan oleh watak Phia. Sekali lagi, budaya subversif telah ditonjolkan sebagai jalan untuk menyelamatkan keadaan dalam novel siberpunk ini.

Artikel ini dipetik daripada Tunas Cipta Bil. 4 2017.

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *